Rabu, 25 Mei 2011

Ibuku Sayang

Ibuku tercinta

~engkau laksana bulan tinggi di atas kayangan hatiku dah kau tawan rinduku tak keruan~
Lagu yang bermain di fikiran saat aku terkenang ibu..mungkin anda berpendapat lagu ini hanya sesuai dimainkan buat pasangan kekasih..tetapi bagiku ibulah kekasihku..ratu hatiku..

Ibuku yang cantik


9 bulan aku dikandung ibu..bukannya ringan nak bawak perut yang membesar ke sana ke mari..tambah lagi kena tendang setiap hari..aduh!sakitnye tendanganmu nak..namun tak pernah sekali pun ibu mengeluh..hanya gembira yang terpancar dari sentuhannya, suaranya, wajahnya saat ibu mengandungkan aku..besarnya kasih ibu telah dapat kurasakan semenjak aku belum melihat dunia lagi..
28 februari 1984 jam 1 pagi, ibu melahirkan aku..betapa sakit yang ibu rasakan saat itu tetap dilaluinya dengan penuh kekuatan kerana sayangnya ibu pada aku..aku menangis dengan sekuat-kuatnya..ibu peluk aku dalam dakapannya..ibu belai aku dengan kasihnya sehingga aku berhenti menangis...

Aku yang nakal bersama ibu yang sentiasa sabar
 
Kasihnya ibu padaku


Hari demi hari ibu membesarkan aku..ibu tatang aku bagai minyak yang penuh..ibu curahkan segunung kasih sayang buatku..ibu ajar aku berjalan..ibu ajar aku untuk memanggilnya ibu..ibu lap air yang aku tumpahkan..ibu kutip makanan yang aku sepahkan..ibu cuci berak kencing aku..ibu bersihkan muntah aku..jerih payah ibu tak pernah aku balas..hanya raungan tangis yang ku berikan pada ibu..namun ibu tak pernah meninggalkan aku..agungnya kasihmu ibu..
Sudah tiba waktu untuk aku menginjakkan kaki ke bangku sekolah..ibu ajar aku dengan penuh sabar..sehingga aku pandai baca A B C..sampai aku pandai kira 1 2 3..susahnya nak ajar aku sebab tak dapat-dapat..tapi ibu tetap sabar mengajar aku..

Aku bersama ibu di Anugerah ESSO


Tiba hari penyampaian hadiah di sekolah..nak buat persembahan..walaupun penat ibu tetap setia melatih aku sampai aku dapat..yang paling aku ingat lagu masa sekolah tadika..’old Mc Donald had a farm’..susah sangat sebab lagu omputeh..masa darjah satu pula nak nyanyi lagu apa tah cikgu kata kena pakai gaun kembang kalau nak masuk..walaupun takda duit tetap ibu belikan aku gaun kembang warna biru..hangatnya kasihmu ibu..
Di depan rumah kami di Kg Air Meleleh
Masa sekolah rendah aku ni agak nakal la juga..tapi cerdik sedikit..hehe..kalau tak dapat no 1, no 2 la tiap-tiap tahun..cerdik pun sebab tiap hari kena ketuk ngan ibu suh belajar sampai dapat..kadang-kadang sampai lebam-lebam tangan buat latihan banyak sangat..hehe..sampai waktu darjah enam masa nak keluar keputusan UPSR, ibu kata ibu taknak datang takut aku tak dapat 4A..tapi ibu datang jugak..hehe..ibu naik pentas dengan aku sebab aku jadi ‘best student’ kat sekolah tu..ibu cium aku kat atas pentas..bestnya dapat banggakan ibu masa tu..hehe..
Sekolah menengah aku duk asrama..nasib rumah dekat je..tiap minggu ibu datang bawak makanan best..penatnya ibu tiap minggu kena masak sedap-sedap untuk anak die yang suka makan ni..hehe..ibu aku memang jaguh masak..aku belajar masak pun dari ibu..sabarnya ibu mengajar aku masak..sampai aku masuk matrix dan universiti walaupun jauh la jugak ibu tetap cuba datang nak tengok aku..dan macam  biase bawak makanan best..hehe..ibu sentiasa memberi sokongan pada aku supaya lebih giat belajar..sampai aku terjatuh pun ibu tetap bersama aku..terima kasih ibu..
Aku dan ibu
Sampai aku di Indonesia setiap minggu pasti akan kudengar suara ibu memberikan semangat pada aku sehingga aku berhasil menamatkan 21 blok dengan jayanya dan akhirnya berjaya melepasi ujian komprehensif untuk masuk ‘clinical’..ibu selalu ada dalam setiap langkahku..
Telah 27 tahun aku bersama ibu..sudah tiba masanya untuk aku mebalas jasa ibu..agungnya kasih ibu padaku tak ternilai dengan apapun..segala jasa dan pengorbanan yang ibu berikan tak mungkin dapat kubalas setiap satunya..hanya dengan kejayaan dapat aku menggembirakan hati ibu..terima kasih ibu kerana tak pernah lelah membesarkan aku..terima kasih atas segala yang telah ibu berikan padaku..aku berjanji suatu saat nanti apabila tiba masanya aku akan menjaga ibu sepertimana ibu menjaga aku..along sayang ibu yang tak terhingga..
SALAM MUSAFIR J


Ayah dan ibuku tercinta


Kamis, 05 Mei 2011

BrEaSt CySt aka KiStA PaYuDaRa

Ramai yang tidak tahu apa itu kista payudara walaupun hampir semua wanita mempunyainya. Ramai juga wanita yang telah didiagnosis oleh doktor dengan kista payudara menjadi takut kerana yang terbayang di fikiran mereka adalah kanser payudara. Ramai juga yang tidak ambil peduli kerana tidak timbulnya apa-apa tanda kelainan pada payudara mereka.
Apakah itu kista payudara yang sebenarnya? Kista payudara adalah sebuah kantung yang berisi cairan pada jaringan payudara. Kista ini sering muncul pada wanita yang berusia diantara 35 tahun sampai usia premenopause dan selalunya menghilang setelah seorang perempuan mengalami menopause kecuali yang mendapatkan terapi hormon.
Seorang wanita boleh mempunyai hanya satu kista di payudaranya ataupun lebih dari satu. Kista ini boleh muncul hanya pada 1 payudara atau kedua-duanya. Kista selalunya adalah berbentuk bulat ataupun lonjong dengan pinggir yang jelas. Jika berlokasi di permukaan, kista ini akan teraba sebgai suatu massa lunak seperti anggur atu belon berisi air. Di lokasi yang lebih dalam kista teraba sebagai suatu massa yang keras. Namun begitu, ada juga kista yang tidak teraba dan hanya terdeteksi pada saat pemeriksaan payudara rutin di klinik dengan menggunakan mammogram ataupun ultrasound. Kista ini juga boleh berulang kembali setelah menghilang.
Apakah penyebab munculnya kista di payudara? Setiap payudara wanita mempunyai 15 ke 20 lobus jaringan kelenjar yang tersusun macam kelopak bunga daisy. Lobus-lobus ini terbahagi lagi kepada lobulus-lobulus yang lebih kecil yang menghasilkan susu semasa kehamilan dan penyusuan anak. Lobus-lobus tu kira macam kilang buat susu la. Susu dari kelenjar-kelejar ini keluar melalui duktus-duktus kecil ke tempat penampungan di bawah puting susu. Duktus pulak macam paip yang salurkan air. Jaringan ikat yang menyokong jaringan ini kita panggil stroma. Kista payudara muncul apabila terjadi pertumbuhan yang berlebihan kelenjar dan jaringan ikat yang menghalang duktus susu menyebabkan duktus berdilatasi dan terisi dengan cairan. Dilatasi maksudnya jadi kembung la. Ada juga pendapat yang mengatakan perubahan hormon estrogen menyebabkan tubuh seorang wanita menarik lebih banyak cairan sehingga terkumpul di duktus-duktus dan kelenjar payudara. Selain daripada itu, diet yang tinggi lemak juga meningkatkan risiko untuk terjadinya kista payudara kerana sifat lemak adalah menarik air. Lagi banyak lemak yang terkumpul lagi banyak air yang berkumpul. Air ni tak tau mana nak pergi, dia bentuk la kantung berisi air yang kita namakan kista.
Semua penyebab yang kita sebut di atas tadi boleh menghasilkan 2 jenis kista iaitu mikrokista yang sukar teraba tetapi dapat dilihat pada mammogram ataupun ultrasound dan juga makrokista yang boleh mencapai ukuran 1-2 inci sehingga dengan mudah teraba. Kista yang kecil tidak menimbulkan keluhan pada pesakit tetapi kista yang besar boleh menimbulkan rasa sakit dan ketidakselesaan.
Apakah tanda dan gejala munculnya kista payudara? Pertama, adanya massa yang berpermukaan licin, mudah digerakkan, berbentuk bulat atau lonjong dengan batas yang jelas. Kedua, rasa sakit ataupun tegang di dekat kawasan massa payudara tersebut. Ketiga, meningkatnya ukuran massa payudara dan ketegangan payudara sebelum menstruasi. Keempat, menurunnya ukuran massa payudara dan resolusi tanda dan gejala selepas menstruasi.
Apa saja pemeriksaan yang dilakukan? Pertama, doktor akan melakukan pemeriksaan dengan melakukan perabaan pada payudara anda dan menanyakan beberapa soalan seperti bila pertama kali anda menyadari kemunculan massa tersebut, adakah ukurannya berubah, ada sakit pada tempat lain tak, ada keluar cairan dari puting tak, dan macam mana siklus menstruasi anda memberi kesan pada massa tersebut. Kedua, ultrasound yang dilakukan untuk menentukan samada massa ini benar berisi cairan atau suatu massa solid. Jika massa tersebut ternyata berisi cairan maka benarlah ia merupakan suatu kista. Namun jika massa tersebut adalah solid, maka pemeriksaan biopsy harus dilakukan untuk menentukan massa tersebut jinak ataupun ganas. Kalau ganas bererti massa tersebut adalah suatu kanser tetapi kalau jinak ianya bukan suatu kanser. Ketiga, aspirasi jaum halus dilakukan untuk menghisap cairan kista tersebut. Jika cairan tersebut berwarna kuning, hijau atau kelabu maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan kecuali jika cairan tersebut berisi darah maka pemeriksaan lanjutan harus dilakukan dengan melakukan biopsi kerana ditakutkan suatu kanser payudara.
       Aspirasi Jarum Halus untuk mengeluarkan cairan pada Kista.

Apa saja perawatan dan pengobatan yang diberikan kepada pesakit? Kista payudara tidak memerlukan apa-apa perawatan kecuali kista tersebut menimbulkan keluhan rasa sakit dan ketidakselesaan. Biasanya kista payudara yang sederhana akan hilang dengan sendirinya tanpa pengobatan. Pesakit hanya perlu mendatangi doktor untuk dilakukan follow up bagi mematau pertumbuhan kistanya. Namun pesakit yang mengalami keluhan akan dilakukan aspirasi jarum halus untuk mengeluarkan cairan sehingga kista tersebut hilang. Penggunaan obat kantasepsi oral dan penghentian terapi hormone dapat mengurangkan risiko berulangnya kista. Operasi payudara hanya dilakukan pada keadaan tertentu.
Apa saja perubahan gaya hidup yang boleh anda lakukan? Pertama, anda boleh menggunakan bra yang menyokong payudara anda untuk menghilangkan rasa sakit dan ketidakselesaan. Kedua, anda juga boleh menurunkan risiko kista payudara dengan menghentikan pengambilan kafein. Ketiga, risisko ini juga dapat dikurangkan dengan mengamalkan diet rendah garam dan lemak kerana keduanya bersifat menarik cairan.
Apa saja obat alternatif yang boleh anda gunakan? Dikatakan bahawa evening primrose oil yang mengandungi asid linoleic dikombinasikan bersama vitamin E dapat mengurangkan rasa sakit pada payudara yang berulang. Ini adalah kerana wanita yang kekurangan asid linoleic lebih mudah mengalami fluktuasi dalam siklus menstruasinya.
Kesimpulannya, kista payudara bukanlah suatu kondisi yang perlu ditakutkan oleh para wanita kerana ia tidak meningkatkan risiko untuk terjadinya kanser payudara. Kista payudara dialami oleh ramai wanita dan kebanyakan dari mereka tidak menyadarinya. Yang paling penting adalah, selalulah melakukan pemeriksaan payudara sendiri dan jika anda mendapatkan apa-apa kelainan segeralah bertemu dengan doktor anda untuk konsultasi. Pemeriksaan mammogram dan ultrasound tahunan harus juga dilakukan bukan untuk menakutkan masyarakat tetapi hanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana mencegah itu lebih baik dari mengobati. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.
SALAM MUSAFIR J 

Selasa, 03 Mei 2011

BRuNo ThE KittiE CaT vs DeMoX ThE SpOiLeD CaT

Sekitar 3 minggu yang lalu aku telah mengambil seekor anak kucing dari Pasar Alai untuk dibela..Aku masukkan anak kucing yang sangat comel itu ke dalam beg Sembonia yg selalu aku bawa ke mana2..Lalu aku pun membawa dia pulang ke rumahku yang cantik di tengah sawah bersama barang2 yang ku beli..Aku namakan anak kucing tersebut Bruno sebab tengah angau lagu Bruno Mars..Hehe..
Sampai di rumah aku terus memandikan Bruno sebersih2nya..Lalu aku meletakkan dia di atas sofa..Bruno langsung tertido sepanjang hari sambil aku memasak nasi lemak ayam bamba yang telah dipesan oleh rakan2 ku..
Sehabis masak Bruno masih lagi tidur dan tidur dan tidur..Aku pergi membeli belah ke Oky Mart dan membeli Whiskas Junior dan susu kotak UHT milk..Pada mulanya Bruno tidak pandai makan Whiskas yang telah kubeli..Lalu ku baca tulisan di kotak Whiskas Junior tersebut..Rupa-rupanya anak kucing yang di bawah 2 bulan tak pandai makan keras2..Kena lembutkan dulu Whiskas tu dengan air..Barula dia makan..
Then aku bagi Bruno minum susu yang ku beli..Bruno tak pandai jugak minum sendiri..Kena suap dengan sudu kecil baru dia minum..Begitulah rutin Bruno setiap hari sampai lah suatu hari Bruno melarikan diri..
Aku telah kehilangan Bruno yang baru saja mula kusayangi..Kemanakah hilangnya Bruno?..Adakah Bruno telah dibunuh oleh kucing2 yang sok preman kat sekitar sawah tersebut?..Atau adakah Bruno telah diambil oleh anak2 kecil yang sering bermain layang2 di dekat sawah tersebut..Haih..Sedihnya rasa kehilangan Bruno..
Tapi semuanya kembali ok sebab adanya seekor kucing yang sangat manja bernama Demox..Waktu pertama kali bertemu Demox hati saya sudah terpaut kerana dia adalah sangat comel dan gemuk..Demox suka kacau time orang buat makan2..Aku bagi Demox bahagian aku..Kadang2 Demox makan whiskas..Tapi dia paling suka makan Whiskas yang dalam tin dan minum susu..Tapi tak larat la nak beli Whiskas dalam tin tu..Mahal benar..
Tapi bulu Demox jadi sangat cantik dan tidak gugur..Aku suka Demox sebab dia hanya mengiau bile die lapar nak makan..Hehe..Tapi sejak akhir2 ni Demox adalah sangat manja..Mana aku pergi dia ikut..Bila aku duduk dia duduk melepak depan aku..Pastu nak aku belai2 dia..Haha..Kucing..Kucing..Sungguh memukau ciptaan Allah yang satu ni..Tapi sebenarnya ada kisah tentang Demox ini..Nantikan kisah Demox vs Maria Ozawa dalam tulisan blog ku selanjutnya nanti..
Aku berhajat bila aku dah kerja nanti, dah ada duit sendiri, aku nak beli kucing yang macam kat kotak pembungkus Whiskas tu..Hehe..Lepas tu nak bagi die makan sampai gemuk..Insyaallah..Dengan izin Allah akan kutemukan kucing seperti itu..Amin..SALAM MUSAFIR :) 
Bruno selepas dimandikan

Comelnye Bruno
p/s : Bruno..i will always miss u..T_T