Rabu, 25 Mei 2011

Ibuku Sayang

Ibuku tercinta

~engkau laksana bulan tinggi di atas kayangan hatiku dah kau tawan rinduku tak keruan~
Lagu yang bermain di fikiran saat aku terkenang ibu..mungkin anda berpendapat lagu ini hanya sesuai dimainkan buat pasangan kekasih..tetapi bagiku ibulah kekasihku..ratu hatiku..

Ibuku yang cantik


9 bulan aku dikandung ibu..bukannya ringan nak bawak perut yang membesar ke sana ke mari..tambah lagi kena tendang setiap hari..aduh!sakitnye tendanganmu nak..namun tak pernah sekali pun ibu mengeluh..hanya gembira yang terpancar dari sentuhannya, suaranya, wajahnya saat ibu mengandungkan aku..besarnya kasih ibu telah dapat kurasakan semenjak aku belum melihat dunia lagi..
28 februari 1984 jam 1 pagi, ibu melahirkan aku..betapa sakit yang ibu rasakan saat itu tetap dilaluinya dengan penuh kekuatan kerana sayangnya ibu pada aku..aku menangis dengan sekuat-kuatnya..ibu peluk aku dalam dakapannya..ibu belai aku dengan kasihnya sehingga aku berhenti menangis...

Aku yang nakal bersama ibu yang sentiasa sabar
 
Kasihnya ibu padaku


Hari demi hari ibu membesarkan aku..ibu tatang aku bagai minyak yang penuh..ibu curahkan segunung kasih sayang buatku..ibu ajar aku berjalan..ibu ajar aku untuk memanggilnya ibu..ibu lap air yang aku tumpahkan..ibu kutip makanan yang aku sepahkan..ibu cuci berak kencing aku..ibu bersihkan muntah aku..jerih payah ibu tak pernah aku balas..hanya raungan tangis yang ku berikan pada ibu..namun ibu tak pernah meninggalkan aku..agungnya kasihmu ibu..
Sudah tiba waktu untuk aku menginjakkan kaki ke bangku sekolah..ibu ajar aku dengan penuh sabar..sehingga aku pandai baca A B C..sampai aku pandai kira 1 2 3..susahnya nak ajar aku sebab tak dapat-dapat..tapi ibu tetap sabar mengajar aku..

Aku bersama ibu di Anugerah ESSO


Tiba hari penyampaian hadiah di sekolah..nak buat persembahan..walaupun penat ibu tetap setia melatih aku sampai aku dapat..yang paling aku ingat lagu masa sekolah tadika..’old Mc Donald had a farm’..susah sangat sebab lagu omputeh..masa darjah satu pula nak nyanyi lagu apa tah cikgu kata kena pakai gaun kembang kalau nak masuk..walaupun takda duit tetap ibu belikan aku gaun kembang warna biru..hangatnya kasihmu ibu..
Di depan rumah kami di Kg Air Meleleh
Masa sekolah rendah aku ni agak nakal la juga..tapi cerdik sedikit..hehe..kalau tak dapat no 1, no 2 la tiap-tiap tahun..cerdik pun sebab tiap hari kena ketuk ngan ibu suh belajar sampai dapat..kadang-kadang sampai lebam-lebam tangan buat latihan banyak sangat..hehe..sampai waktu darjah enam masa nak keluar keputusan UPSR, ibu kata ibu taknak datang takut aku tak dapat 4A..tapi ibu datang jugak..hehe..ibu naik pentas dengan aku sebab aku jadi ‘best student’ kat sekolah tu..ibu cium aku kat atas pentas..bestnya dapat banggakan ibu masa tu..hehe..
Sekolah menengah aku duk asrama..nasib rumah dekat je..tiap minggu ibu datang bawak makanan best..penatnya ibu tiap minggu kena masak sedap-sedap untuk anak die yang suka makan ni..hehe..ibu aku memang jaguh masak..aku belajar masak pun dari ibu..sabarnya ibu mengajar aku masak..sampai aku masuk matrix dan universiti walaupun jauh la jugak ibu tetap cuba datang nak tengok aku..dan macam  biase bawak makanan best..hehe..ibu sentiasa memberi sokongan pada aku supaya lebih giat belajar..sampai aku terjatuh pun ibu tetap bersama aku..terima kasih ibu..
Aku dan ibu
Sampai aku di Indonesia setiap minggu pasti akan kudengar suara ibu memberikan semangat pada aku sehingga aku berhasil menamatkan 21 blok dengan jayanya dan akhirnya berjaya melepasi ujian komprehensif untuk masuk ‘clinical’..ibu selalu ada dalam setiap langkahku..
Telah 27 tahun aku bersama ibu..sudah tiba masanya untuk aku mebalas jasa ibu..agungnya kasih ibu padaku tak ternilai dengan apapun..segala jasa dan pengorbanan yang ibu berikan tak mungkin dapat kubalas setiap satunya..hanya dengan kejayaan dapat aku menggembirakan hati ibu..terima kasih ibu kerana tak pernah lelah membesarkan aku..terima kasih atas segala yang telah ibu berikan padaku..aku berjanji suatu saat nanti apabila tiba masanya aku akan menjaga ibu sepertimana ibu menjaga aku..along sayang ibu yang tak terhingga..
SALAM MUSAFIR J


Ayah dan ibuku tercinta


Tidak ada komentar:

Posting Komentar