Kamis, 05 Mei 2011

BrEaSt CySt aka KiStA PaYuDaRa

Ramai yang tidak tahu apa itu kista payudara walaupun hampir semua wanita mempunyainya. Ramai juga wanita yang telah didiagnosis oleh doktor dengan kista payudara menjadi takut kerana yang terbayang di fikiran mereka adalah kanser payudara. Ramai juga yang tidak ambil peduli kerana tidak timbulnya apa-apa tanda kelainan pada payudara mereka.
Apakah itu kista payudara yang sebenarnya? Kista payudara adalah sebuah kantung yang berisi cairan pada jaringan payudara. Kista ini sering muncul pada wanita yang berusia diantara 35 tahun sampai usia premenopause dan selalunya menghilang setelah seorang perempuan mengalami menopause kecuali yang mendapatkan terapi hormon.
Seorang wanita boleh mempunyai hanya satu kista di payudaranya ataupun lebih dari satu. Kista ini boleh muncul hanya pada 1 payudara atau kedua-duanya. Kista selalunya adalah berbentuk bulat ataupun lonjong dengan pinggir yang jelas. Jika berlokasi di permukaan, kista ini akan teraba sebgai suatu massa lunak seperti anggur atu belon berisi air. Di lokasi yang lebih dalam kista teraba sebagai suatu massa yang keras. Namun begitu, ada juga kista yang tidak teraba dan hanya terdeteksi pada saat pemeriksaan payudara rutin di klinik dengan menggunakan mammogram ataupun ultrasound. Kista ini juga boleh berulang kembali setelah menghilang.
Apakah penyebab munculnya kista di payudara? Setiap payudara wanita mempunyai 15 ke 20 lobus jaringan kelenjar yang tersusun macam kelopak bunga daisy. Lobus-lobus ini terbahagi lagi kepada lobulus-lobulus yang lebih kecil yang menghasilkan susu semasa kehamilan dan penyusuan anak. Lobus-lobus tu kira macam kilang buat susu la. Susu dari kelenjar-kelejar ini keluar melalui duktus-duktus kecil ke tempat penampungan di bawah puting susu. Duktus pulak macam paip yang salurkan air. Jaringan ikat yang menyokong jaringan ini kita panggil stroma. Kista payudara muncul apabila terjadi pertumbuhan yang berlebihan kelenjar dan jaringan ikat yang menghalang duktus susu menyebabkan duktus berdilatasi dan terisi dengan cairan. Dilatasi maksudnya jadi kembung la. Ada juga pendapat yang mengatakan perubahan hormon estrogen menyebabkan tubuh seorang wanita menarik lebih banyak cairan sehingga terkumpul di duktus-duktus dan kelenjar payudara. Selain daripada itu, diet yang tinggi lemak juga meningkatkan risiko untuk terjadinya kista payudara kerana sifat lemak adalah menarik air. Lagi banyak lemak yang terkumpul lagi banyak air yang berkumpul. Air ni tak tau mana nak pergi, dia bentuk la kantung berisi air yang kita namakan kista.
Semua penyebab yang kita sebut di atas tadi boleh menghasilkan 2 jenis kista iaitu mikrokista yang sukar teraba tetapi dapat dilihat pada mammogram ataupun ultrasound dan juga makrokista yang boleh mencapai ukuran 1-2 inci sehingga dengan mudah teraba. Kista yang kecil tidak menimbulkan keluhan pada pesakit tetapi kista yang besar boleh menimbulkan rasa sakit dan ketidakselesaan.
Apakah tanda dan gejala munculnya kista payudara? Pertama, adanya massa yang berpermukaan licin, mudah digerakkan, berbentuk bulat atau lonjong dengan batas yang jelas. Kedua, rasa sakit ataupun tegang di dekat kawasan massa payudara tersebut. Ketiga, meningkatnya ukuran massa payudara dan ketegangan payudara sebelum menstruasi. Keempat, menurunnya ukuran massa payudara dan resolusi tanda dan gejala selepas menstruasi.
Apa saja pemeriksaan yang dilakukan? Pertama, doktor akan melakukan pemeriksaan dengan melakukan perabaan pada payudara anda dan menanyakan beberapa soalan seperti bila pertama kali anda menyadari kemunculan massa tersebut, adakah ukurannya berubah, ada sakit pada tempat lain tak, ada keluar cairan dari puting tak, dan macam mana siklus menstruasi anda memberi kesan pada massa tersebut. Kedua, ultrasound yang dilakukan untuk menentukan samada massa ini benar berisi cairan atau suatu massa solid. Jika massa tersebut ternyata berisi cairan maka benarlah ia merupakan suatu kista. Namun jika massa tersebut adalah solid, maka pemeriksaan biopsy harus dilakukan untuk menentukan massa tersebut jinak ataupun ganas. Kalau ganas bererti massa tersebut adalah suatu kanser tetapi kalau jinak ianya bukan suatu kanser. Ketiga, aspirasi jaum halus dilakukan untuk menghisap cairan kista tersebut. Jika cairan tersebut berwarna kuning, hijau atau kelabu maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan kecuali jika cairan tersebut berisi darah maka pemeriksaan lanjutan harus dilakukan dengan melakukan biopsi kerana ditakutkan suatu kanser payudara.
       Aspirasi Jarum Halus untuk mengeluarkan cairan pada Kista.

Apa saja perawatan dan pengobatan yang diberikan kepada pesakit? Kista payudara tidak memerlukan apa-apa perawatan kecuali kista tersebut menimbulkan keluhan rasa sakit dan ketidakselesaan. Biasanya kista payudara yang sederhana akan hilang dengan sendirinya tanpa pengobatan. Pesakit hanya perlu mendatangi doktor untuk dilakukan follow up bagi mematau pertumbuhan kistanya. Namun pesakit yang mengalami keluhan akan dilakukan aspirasi jarum halus untuk mengeluarkan cairan sehingga kista tersebut hilang. Penggunaan obat kantasepsi oral dan penghentian terapi hormone dapat mengurangkan risiko berulangnya kista. Operasi payudara hanya dilakukan pada keadaan tertentu.
Apa saja perubahan gaya hidup yang boleh anda lakukan? Pertama, anda boleh menggunakan bra yang menyokong payudara anda untuk menghilangkan rasa sakit dan ketidakselesaan. Kedua, anda juga boleh menurunkan risiko kista payudara dengan menghentikan pengambilan kafein. Ketiga, risisko ini juga dapat dikurangkan dengan mengamalkan diet rendah garam dan lemak kerana keduanya bersifat menarik cairan.
Apa saja obat alternatif yang boleh anda gunakan? Dikatakan bahawa evening primrose oil yang mengandungi asid linoleic dikombinasikan bersama vitamin E dapat mengurangkan rasa sakit pada payudara yang berulang. Ini adalah kerana wanita yang kekurangan asid linoleic lebih mudah mengalami fluktuasi dalam siklus menstruasinya.
Kesimpulannya, kista payudara bukanlah suatu kondisi yang perlu ditakutkan oleh para wanita kerana ia tidak meningkatkan risiko untuk terjadinya kanser payudara. Kista payudara dialami oleh ramai wanita dan kebanyakan dari mereka tidak menyadarinya. Yang paling penting adalah, selalulah melakukan pemeriksaan payudara sendiri dan jika anda mendapatkan apa-apa kelainan segeralah bertemu dengan doktor anda untuk konsultasi. Pemeriksaan mammogram dan ultrasound tahunan harus juga dilakukan bukan untuk menakutkan masyarakat tetapi hanya sebagai langkah berjaga-jaga kerana mencegah itu lebih baik dari mengobati. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca.
SALAM MUSAFIR J 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar